Contoh resume BM · pembina percuma

Contoh resume Bahasa Melayu, dan buat resume anda terus di sini

Contoh penuh di halaman ini ialah resume BM satu muka surat, lengkap dari butiran diri hingga rujukan. Ikut susunannya, atau isi pembina di bawah dan simpan resume anda sebagai PDF.

Oleh Edwin TanDikemas kini

  1. Butiran diri
  2. Profil diri
  3. Pengalaman kerja
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan bahasa
  6. Rujukan

Contoh penuh: pengalaman kerja · butiran rekaan

Muhammad Hafiz bin Rahman

Penyelia Stor

012-345 6789hafizrahman.kerja@gmail.comKlang, Selangor

Profil Diri

Enam tahun pengalaman kerja stor runcit, termasuk hampir empat tahun sebagai penyelia stor di gudang pengedaran. Mengurus stok harian, pasukan lapan orang dalam dua syif dan sistem stok berkomputer. Mencari jawatan penyelia atau eksekutif stor di Lembah Klang.

Pengalaman Kerja

Penyelia StorJan 2023 – kini

Gudang pengedaran runcit, Pulau Indah

  • Menyelia lapan pekerja stor dalam dua syif
  • Memperkenalkan semakan dua peringkat sebelum lori bertolak; kes salah hantar turun daripada kira-kira 30 kepada 9 sebulan
  • Menyediakan laporan kiraan stok bulanan dalam Excel

Pembantu StorMac 2020 – Dis 2022

Pasar raya, Klang

  • Menerima barang dan menyemak invois pembekal
  • Menyusun rak ikut tarikh luput (masuk dulu, keluar dulu)
  • Memandu forklift di kawasan gudang

Pendidikan

Diploma Pengurusan Logistik2017 – 2019

Politeknik, Selangor

PNGK 3.05

SPM2016

SMK Bandar Klang Utama

Kemahiran

  • Kawalan stok dan kiraan kitaran
  • Microsoft Excel: VLOOKUP dan jadual pangsi
  • Menyusun jadual syif
  • Forklift

Bahasa

  • Bahasa Melayu (fasih)
  • Bahasa Inggeris (baik)

Aktiviti dan Pencapaian

  • Pekerja Terbaik Bulanan, Ogos 2024

Maklumat Lain

  • Lesen memandu D
  • Notis berhenti: 1 bulan

Rujukan

  • Boleh diberikan apabila diminta
Nama, nombor dan tempat kerja dalam contoh ini rekaan.Guna contoh ini dalam pembina

Pembina resume

Buat resume anda, kemudian simpan PDF

Pratonton berubah semasa anda menaip. Bila siap, tekan Cetak / Simpan PDF. Yang keluar hanya resume, tanpa menu atau iklan laman ini.

Pembina resume

Apa yang anda taip kekal dalam pelayar ini dan tidak dihantar ke mana-mana pelayan. Tiada daftar masuk, tiada bayaran.

Mula dengan contoh (butiran rekaan, tukar kepada maklumat anda):

Butiran diri
Bandar dan negeri sudah cukup. Tak perlu alamat penuh atau nombor kad pengenalan.
Profil diri
Siapa anda, apa yang anda boleh buat, dan kerja apa yang anda cari.
Pengalaman kerja

Pengalaman 1 (terbaru)

Satu tugas satu baris. Baris jadi poin dalam resume.
Tambah pengalaman 2

Pengalaman 2

Satu tugas satu baris. Baris jadi poin dalam resume.
Tambah pengalaman 3

Pengalaman 3

Satu tugas satu baris. Baris jadi poin dalam resume.
Pendidikan

Kelayakan 1 (tertinggi)

Gred SPM ikut slip atau sijil, PNGK, atau Band MUET.
Tambah kelayakan 2

Kelayakan 2

Gred SPM ikut slip atau sijil, PNGK, atau Band MUET.
Tambah kelayakan 3

Kelayakan 3

Gred SPM ikut slip atau sijil, PNGK, atau Band MUET.
Kemahiran dan bahasa
Satu kemahiran satu baris. Sebut nama perisian atau mesin.
Lain-lain
Lesen memandu, pengangkutan sendiri, bila boleh mula kerja.

Draf dalam peranti ini

Draf disimpan dalam pelayar ini sahaja, bukan di pelayan kami. Guna Padam draf jika ini telefon atau komputer orang lain.

Pratonton

Yang dicetak hanya kertas putih ini

Pratonton resume anda keluar di sini. Pilih satu contoh di atas, atau mula isi borang.

Pratonton

Simpan PDF di komputer (Chrome)

Tekan Cetak / Simpan PDF atau Ctrl + P (Mac: ⌘ + P). Di ruangan destinasi, pilih "Save as PDF", kemudian simpan.

Simpan PDF di telefon Android (Chrome)

Tekan Cetak / Simpan PDF. Di bahagian atas skrin cetak, pilih "Save as PDF", kemudian tekan butang muat turun PDF. Kalau skrin cetak tak keluar, guna menu Chrome ⋮ > Share > Print.

Langkah Chrome di atas ikut halaman bantuan Google Chrome tentang mencetak. Jika laman ini dibuka dari dalam aplikasi seperti Facebook atau WhatsApp dan butang cetak tidak memberi apa-apa, buka semula laman ini dalam Chrome.

Format resume

Format resume: susunan yang biasa dipakai

Satu muka surat untuk lepasan sekolah dan graduan baru. Dua muka surat paling panjang.

Susunan bahagian dalam resume satu muka surat1Nama, jawatan, telefon, e-mel, bandar2Profil diri: 2 hingga 3 ayat3Pengalaman kerja, yang terbaru dulu4Pendidikan, yang tertinggi dulu5Kemahiran dan bahasa6Aktiviti, lesen, rujukan
Tiada pengalaman kerja? Tukar 3 dan 4: pendidikan naik ke atas.

Majikan membaca resume dari atas ke bawah, jadi yang paling kuat letak paling atas. Kalau dah pernah bekerja, pengalaman kerja naik dulu. Kalau baru habis SPM atau universiti, pendidikan yang naik.

Dalam setiap bahagian, susun yang terbaru dulu. Kerja sekarang di atas kerja lama; ijazah di atas SPM.

BahagianTulis apaPanjang
Butiran diriNama penuh, telefon, e-mel, bandar dan negeri2 hingga 3 baris
Profil diriSiapa anda, kekuatan utama, kerja yang dicari2 hingga 3 ayat
Pengalaman kerjaJawatan, tempat, tempoh, 2 hingga 4 tugas dengan hasilBahagian paling panjang
PendidikanKelayakan, institusi, tahun, gred atau PNGK1 hingga 3 entri
Kemahiran dan bahasaPerisian, mesin, lesen, tahap bahasa4 hingga 8 baris pendek
RujukanNama dan nombor, atau "boleh diberikan apabila diminta"1 hingga 2 baris

Langkah demi langkah, dengan contoh ayat untuk setiap bahagian, ada di halaman cara buat resume.

Contoh ikut situasi

Contoh resume kerja ikut situasi: fresh graduate, part-time, lepasan SPM

Setiap contoh resume kerja di bawah ditulis untuk satu situasi. Susunannya berubah ikut apa yang paling kuat pada orang itu: pendidikan untuk graduan baru, waktu kerja untuk pelajar yang cari kerja sambilan.

Fresh graduate. Pendidikan di atas, dan latihan industri dikira sebagai pengalaman. Masukkan PNGK dan Band MUET jika ada.

Fresh graduate · butiran rekaan

Nurul Izzati binti Hassan

Eksekutif Pemasaran Digital

011-2345 6780izzati.hassan.kerja@gmail.comShah Alam, Selangor

Profil Diri

Graduan Pentadbiran Perniagaan (Pemasaran) 2026. Menjalani latihan industri enam bulan di agensi pemasaran digital, menyediakan kandungan media sosial dan laporan prestasi iklan mingguan untuk dua pelanggan runcit.

Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran2022 – 2026

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam

PNGK 3.41

Malaysian University English Test (MUET)2023

Band 4.0 (CEFR B2)

Pengalaman Kerja

Pelatih Pemasaran Digital (latihan industri)Feb – Jul 2026

Agensi pemasaran digital, Petaling Jaya

  • Menulis tiga hantaran Instagram dan TikTok seminggu untuk dua jenama runcit
  • Menyediakan laporan prestasi iklan mingguan dalam Google Sheets
  • Membantu penggambaran video produk di studio

Juruwang sambilanCuti semester 2023 dan 2024

Pasar raya, Seksyen 7 Shah Alam

  • Mengendalikan kaunter bayaran dan menutup laci tunai pada akhir syif

Kemahiran

  • Canva dan CapCut
  • Meta Business Suite (asas)
  • Google Sheets: jadual pangsi dan carta
  • Menulis kandungan dalam BM dan BI

Bahasa

  • Bahasa Melayu (fasih)
  • Bahasa Inggeris (baik, MUET Band 4.0)

Aktiviti dan Pencapaian

  • Naib Pengerusi Kelab Pemasaran, sesi 2024/2025
  • Projek tahun akhir: pelan pemasaran untuk perniagaan kek dari rumah

Rujukan

  • Boleh diberikan apabila diminta
Nama, nombor dan tempat kerja dalam contoh ini rekaan.Guna contoh ini dalam pembina

Kerja part-time. Contoh resume part time ini untuk pelajar. Majikan nak tahu bila anda boleh kerja. Tulis hari dan jam yang anda ada, terus dalam profil atau maklumat lain.

Kerja part-time · butiran rekaan

Lim Jia Hui

Krew Kafe (sambilan)

016-482 1357jiahui.lim.kerja@gmail.comGelugor, Pulau Pinang

Profil Diri

Pelajar Diploma Pengurusan Hotel tahun kedua. Mencari kerja sambilan pada petang hari bekerja dan sepanjang hujung minggu, sehingga 20 jam seminggu.

Pengalaman Kerja

Krew kaunter (sambilan)Jun – Dis 2025

Restoran makanan segera, Gelugor

  • Mengambil pesanan di kaunter dan kios, dan menerima bayaran
  • Menyediakan minuman dan pencuci mulut ikut resipi standard
  • Membersihkan ruang makan dan mengira laci tunai semasa tutup kedai

Pendidikan

Diploma Pengurusan Hotel (sedang belajar)2025 – 2027

Kolej swasta, George Town

PNGK semester 2: 3.28

SPM2024

SMK Jelutong Indah, Pulau Pinang

4A 3B 2C

Kemahiran

  • Sistem POS
  • Melayan pelanggan ketika waktu sibuk
  • Kebersihan dan keselamatan makanan

Bahasa

  • Bahasa Melayu (baik)
  • Bahasa Inggeris (baik)
  • Bahasa Mandarin (fasih, lisan dan tulisan)

Maklumat Lain

  • Waktu kerja: Isnin hingga Jumaat selepas 3 petang, Sabtu dan Ahad sepanjang hari

Rujukan

  • Boleh diberikan apabila diminta
Nama, nombor dan tempat kerja dalam contoh ini rekaan.Guna contoh ini dalam pembina

Versi pendek

Contoh resume ringkas

Untuk kerja yang tak minta banyak kelayakan: pemandu, kedai, gudang, restoran.

Resume ringkas muat separuh muka surat. Buang profil yang panjang, simpan satu atau dua kerja terakhir, dan letak lesen atau kemahiran yang terus berkaitan dengan kerja itu.

Resume ringkas · butiran rekaan

Ahmad Faiz bin Zulkifli

Pemandu Penghantar

017-563 2048faizzulkifli.kerja@gmail.comSeremban, Negeri Sembilan

Profil Diri

Pemandu van penghantaran selama empat tahun. Tiada saman tertunggak dan biasa dengan laluan Seremban, Nilai dan Senawang.

Pengalaman Kerja

Pemandu Van2022 – kini

Syarikat pengedaran minuman, Nilai

  • Menghantar ke 25 hingga 30 kedai sehari
  • Mengutip bayaran dan menyerahkan resit kepada akaun setiap petang

Pendidikan

SPM2019

SMK Seremban Jaya

Kemahiran

  • Lesen memandu D dan GDL
  • Aplikasi navigasi (Waze, Google Maps)

Dalam pembina, pilih gaya Padat dan isi bahagian yang perlu sahaja. Bahagian yang kosong tidak keluar dalam resume.

Elakkan

Apa yang tak perlu ditulis dalam resume

  • Nombor kad pengenalan (MyKad). Resume dihantar ke ramai orang; nombor IC boleh disalah guna. Beri bila majikan minta untuk borang rasmi mereka.
  • Alamat rumah penuh. "Kajang, Selangor" sudah cukup untuk majikan tahu jarak anda.
  • Gaji lama, kecuali iklan itu minta. Simpan untuk temu duga.
  • "Saya" di awal setiap baris. Mula dengan kata kerja: "Menyelia", "Menyediakan", "Mengurus".
  • Sebab berhenti kerja dan cerita peribadi.
  • Nama rujukan yang belum anda tanya dulu.

Agama, bangsa dan status perkahwinan juga tak wajib. Tulis jika iklan jawatan memintanya.

Soalan lazim

Soalan tentang resume

Resume patut berapa muka surat?

Satu muka surat untuk lepasan SPM, graduan baru dan kerja part-time. Kalau pengalaman anda lebih lima tahun, dua muka surat masih okey. Lebih dari itu, potong kerja yang paling lama.

Perlu letak gambar dalam resume?

Tak wajib. Ikut iklan jawatan. Kalau diminta, guna gambar berukuran pasport yang jelas, bukan swafoto.

Tulis resume dalam Bahasa Melayu atau English?

Ikut bahasa iklan jawatan. Iklan dalam BM, hantar resume BM. Iklan dalam English, hantar resume English. Syarikat yang sama boleh terima kedua-duanya, tetapi bahasa yang sepadan dengan iklan lebih senang dibaca oleh orang yang menapis.

Perlu tulis rujukan?

Boleh tulis "Boleh diberikan apabila diminta". Jika anda letak nama, minta izin orang itu dulu, dan beritahu mereka jawatan yang anda mohon.

Apa yang saya taip dalam pembina disimpan di mana?

Dalam pelayar anda sahaja. Ia tidak dihantar ke pelayan kami. Kalau anda tekan Simpan draf, salinan disimpan dalam peranti ini sehingga anda tekan Padam draf.

Tentang laman ini

Tentang, privasi dan penafian

Tentang

ResumeBM.my ialah laman bebas tentang resume dalam Bahasa Melayu. Laman ini ditulis dan diselenggara oleh Edwin Tan.

Hubungi

Nampak kesilapan atau ada cadangan? E-mel ke hello@resumebm.my.

Penafian

Semua nama, nombor telefon, e-mel dan tempat kerja dalam contoh resume adalah rekaan. Panduan di laman ini ialah nasihat am. Keputusan memanggil temu duga dan mengambil pekerja dibuat oleh majikan.

Laman ini tiada kaitan dengan mana-mana majikan, portal kerja, Kementerian Pendidikan Malaysia, Lembaga Peperiksaan atau Majlis Peperiksaan Malaysia.

Privasi: pembina resume

Pembina resume berjalan sepenuhnya dalam pelayar anda. Apa yang anda taip tidak dihantar ke pelayan kami atau kepada pihak lain, dan tidak diberikan kepada skrip iklan atau analitik (jika ada). Butang Simpan draf menyimpan salinan dalam storan pelayar (localStorage) di peranti ini sahaja; Padam draf membuangnya.

Data peribadi yang kami terima hanyalah apa yang anda hantar sendiri melalui e-mel. Ia dikendalikan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, digunakan untuk membalas e-mel anda sahaja, dan tidak dijual.

Privasi: kuki, analitik dan iklan

Laman ini mungkin memaparkan iklan Google AdSense dan menggunakan alat analitik untuk mengira pelawat (jika ada). Vendor pihak ketiga, termasuk Google, menggunakan kuki untuk memaparkan iklan berdasarkan lawatan anda sebelum ini ke laman ini dan laman lain. Kuki pengiklanan Google membolehkan Google dan rakan kongsinya memaparkan iklan kepada anda berdasarkan lawatan tersebut.

Anda boleh menolak iklan yang diperibadikan di Tetapan Iklan Google, atau menolak kuki vendor pihak ketiga di www.aboutads.info.